- Lain-lain
Xi Beri Arahan Berhubung Insiden Letupan Gas di Lombong Arang Batu Shanxi
Satu insiden letupan gas berlaku di bawah tanah Lombong Arang Batu Liushenyu milik Syarikat Kumpulan Tongzhou di kaunti Qinyuan bandar Changzhi di provinsi Shanxi pada pukul 7:29 malam semalam, mengakibatkan kecederaan dan kematian dalam bilangan besar.
Selepas berlakunya insiden itu, Presiden China Xi Jinping segera mengeluarkan arahan yang menyatakan bahawa memandangkan letupan gas di bawah tanah tersebut telah menyebabkan kecederaan dan kematian dalam bilangan yang besar, segala usaha mesti dilakukan untuk merawat mereka yang cedera, operasi mencari dan menyelamat mesti diatur secara saintifik, dan urusan untuk menyantuni mangsa mesti dilakukan dengan baik. Selain itu, siasatan untuk mengenal pasti punca insiden perlu disegerakan dan mereka yang bertanggungjawab dan disabit salah mesti tertakluk kepada peruntukan undang-undang.
Xi menekankan bahawa kami perlu mengambil pengajaran daripada insiden ini dan mencegah serta membendung insiden besar daripada berulang lagi. Pada masa sekarang ini yang merupakan musim banjir, rondaan rutin untuk menghadapi keadaan kecemasan dan tugasan kawalan banjir serta bantuan bencana mesti diperkukuh untuk melindungi keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Di bawah arahan Presiden Xi dan tuntutan Perdana Menteri Li Qiang, barisan pegawai dari pelbagai badan yang berkaitan yang diketuai Naib Perdana Menteri Zhang Guoqing telah bergegas ke tempat kejadian bagi membimbing usaha menyelamat.
Yang menjalankan tugasan membantu dan menyelamat di lokasi kejadian juga termasuk sejumlah pegawai kanan di peringkat daerah.
- Flamingo, Paruh Lengkung Berehat di Yuncheng
- Ekologi Sihat Tarik Kedatangan Bangau Hijrah ke Taiyuan
- Yuncheng, Shanxi: Tasik Garam Bagai Pelangi
- Pewaris Berdedikasi Pulihkan Semula Porselin Tradisional di Shanxi
- Hab Arang Batu China Shanxi Lapor Peningkatan Output Arang Batu Mentah
- Artisan Muda Nekad Hasilkan Semula Mural Purba yang Dicuri Seabad Lalu
- Tanah Lembap Tasik Garam di Shanxi Jadi Syurga Burung Hijrah Pada Musim Sejuk
- Taiyuan Diserikan Dengan Kehadiran Tanglung
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Bercuti Sambil Jaga Kesihatan di Jincheng




