- Lain-lain
Artisan Muda Nekad Hasilkan Semula Mural Purba yang Dicuri Seabad Lalu
Liu Ziqun, artisan China yang lahir pada 1990an, nekad untuk menghasilkan semula mural purba yang dicuri daripada China dan kini berada di muzium luar negara.
“Ia sepatutnya berada di kuil kami, tetapi kini dipamerkan di almari pameran negara luar, menceritakan satu kisah yang sedih,” ujar Liu.
Satu mural purba iaitu ‘Dua Setanggi Ritual Membakar Bodhisatva’ yang asalnya menghiasi dinding Kuil Cisheng di kaunti Wenxian, Provinsi Henan telah dicuri dan dibawa lari ke luar negara semasa era Republik China (1912-1949). Ia kini tergantung di Muzium Kesenian Nelson-Atkins di Amerika Syarikat.
Liu dilahirkan dalam keluarga yang merupakan artisan ukiran berwarna tradisional di bandar Jincheng, Provinsi Shanxi, utara China. Bapanya, Liu Huibin, merupakan seorang pakar tukang kraf yang juga pewaris wakil pembuat kraf ukiran berwarna tradisional Jincheng, iaitu warisan budaya tidak ketara peringkat provinsi Shanxi.
Liu Ziqun, artisan China yang lahir pada 1990an, dan bapanya yang merupakan seorang artis ukiran berwarna, bersama-sama menyiapkan ukiran berwarna di Kuil Guandi di bandar Linfen, Provinsi Shanxi di utara China. (Foto oleh Wang Fan)
Membesar dalam suasana melihat bapanya menghasilkan ukiran untuk kuil di kawasan itu, Liu mempunyai minat mendalam terhadap seni China tradisional. Selepas menamatkan pembelajaran pasca-siswazah, dia pulang ke kampung halaman untuk mendedikasikan dirinya kepada penyelidikan dan penghasilan semua mural serta ukiran berwarna.
Pada 2015, ketika menyertai program pembangunan profesional di Akademi Seni Halus Luxun di Provinsi Liaoning, di timur laut China, Liu telah menemui sesuatu yang mampu mengubah misinya. Ketika membelek-belek buku seni berbahasa asing, dia menemui corak mural yang dia tidak pernah temui sebelum ini.
Sebaris kapsyen di bawah imej tersebut menyatakan bahawa mural tersebut terletak di sebuah muzium asing, sekali gus menimbulkan minatnya dalam repatriasi budaya menerusi seni.
Selama bertahun-tahun selepas pertemuan penting itu, Liu secara sistematik mencari laman web rasmi muzium utama di seluruh dunia, memburu imej mural China yang hilang dan arca yang dilukis. Semasa dia menemui gambar mural yang telah dipulihkan secara kasar mengikut kepekaan estetika Barat berbanding ketepatan sejarah, Liu berasa terpanggil untuk bertindak. Dia memutuskan untuk meniru dan memulihkan khazanah budaya yang berharga tersebut secara sendiri.
Ternyata, usaha itu jauh lebih mencabar daripada yang dia jangkakan.
Liu Ziqun, seorang artisan China yang dilahirkan pada tahun 1990-an, membuat pigmen mineral semula jadi dengan tangan. (Foto oleh Wang Fan)
“Teknik lukisan untuk perincian yang rumit mesti disimpulkan melalui penyelidikan besar ke dalam bahan-bahan dari tempoh sejarah yang sama. Mereka tidak boleh dipulihkan hanya berdasarkan andaian moden. Hanya pemulihan yang berasaskan keilmuan sejarah yang ketat boleh menahan ujian masa," jelas Liu.
Terdorong untuk bukan sahaja menghasilkan semula warna mural purba yang asli menggunakan pigmen mineral semula jadi, tetapi juga memperbetul kesalahan pembaikpulihan Barat, Liu melakukan penyelidikan dengan mendalam, agar mural dapat dikembalikan sehabis tulen yang boleh.
Liu Ziqun, seorang artisan China yang dilahirkan pada tahun 1990-an, mewarnakan ukiran. (Foto oleh Wang Fan)
Usaha menghasilkan satu mural meliputi lebih daripada 10 langkah tersambung yang rumit, di mana satu kesalahan kecil pada sebarang fasa akan merosakkan seluruh projek.
Selepas melalui 100 kali percubaan gagal dan sejumlah besar masa untuk usaha perbaikan kecil, Liu akhirnya membangunkan satu proses pembaikpulihan sistematik yang berjaya menghasilkan semula mural China purba yang telah hilang.
“Mereka mungkin telah mengambil mural itu, tetapi mereka tidak boleh mengambil kemahiran yang ada untuk menghasilkan (mural) itu. Artisan dari generasi demi generasi di Shanxi sentiasa boleh membawa pulang mereka (mural) semula,” ujar Liu, sambil menzahirkan harapan agar mural yang dibaikpulihnya dapat dipamerkan di lokasi asal pada satu hari nanti supaya dia dapat membawa pulang hasil seni yang hilang tersebut.
- Tanah Lembap Tasik Garam di Shanxi Jadi Syurga Burung Hijrah Pada Musim Sejuk
- Taiyuan Diserikan Dengan Kehadiran Tanglung
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Bercuti Sambil Jaga Kesihatan di Jincheng
- Shanxi, Pelopor Batu Arang "Hijau" Utara China
- Elak Bahang Musim Panas di dalam Gua Ais Shanxi
- Tasik Garam Berwarna-warni Yuncheng: "Laut Mati China"
- Aktiviti Jejak Salasilah Keturunan Hongdong Dilancarkan
- Aksi Lagak Ngeri Dipersembahkan pada Ketinggian 157 Meter di Shanxi
- Burung Flamingo Singgah di Tasik Yanhu, Shanxi
- ‘Atuk Dougong’ Gunakan Platform Video Pendek Popularkan Seni Bina Cina Purba
- Jalan Berliku-liku di Gunung Taihang