- Lain-lain
Hab Arang Batu China Shanxi Lapor Peningkatan Output Arang Batu Mentah
Provinsi yang kaya dengan arang batu di China, Shanxi merekodkan pengeluaran arang batu sebanyak 756.44 juta tan buat tujuh bulan pertama pada 2025, sekali gus menandakan peningkatan 7.2 peratus dari tahun ke tahun, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Sebagai pengeluar arang batu utama di China, Shanxi menyumbang sebanyak 27.2 peratus output keseluruhan China dalam tempoh tersebut, lapor biro statistik Shanxi.
Bagi menyokong pengeluaran itu, Kereta Api Daqin iaitu laluan pengangkutan arang batu utama di utara China telah mencapai 9 bilion tan dalam volum muatan kumulatif pada hari ini. Ia mengendalikan sekitar satu perlima daripada volum keseluruhan pengangkutan arang batu kereta api China.
Kereta api sepanjang 653 kilometer yang beroperasi sejak 28 Disember 1988 itu menghubungkan Datong di Shanxi dengan pelabuhan Qinhuangdao di Hebei, yang mempermudah penghantaran arang batu dari Shanxi, Shaanxi dan barat Mongolia Dalam ke hab industri di bahagian timur.
Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Sumber Alam Semula Jadi, menjelang penghujung 2022, rizab arang batu keseluruhan di China mencapai 207 bilion tan, dengan Shanxi menyimpan sekitar 48.3 bilion tan daripada rizab tersebut.
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Artisan Muda Nekad Hasilkan Semula Mural Purba yang Dicuri Seabad Lalu
- Tanah Lembap Tasik Garam di Shanxi Jadi Syurga Burung Hijrah Pada Musim Sejuk
- Taiyuan Diserikan Dengan Kehadiran Tanglung
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Bercuti Sambil Jaga Kesihatan di Jincheng
- Shanxi, Pelopor Batu Arang "Hijau" Utara China
- Elak Bahang Musim Panas di dalam Gua Ais Shanxi
- Tasik Garam Berwarna-warni Yuncheng: "Laut Mati China"
- Aktiviti Jejak Salasilah Keturunan Hongdong Dilancarkan
- Aksi Lagak Ngeri Dipersembahkan pada Ketinggian 157 Meter di Shanxi