- Lain-lain
Rakyat Jepun Protes Kelulusan RUU Mengenai Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
Dewan Senat Jepun meluluskan rang undang-undang (RUU) penubuhan "Agensi Perisikan Negara" dalam sesi pleno yang diadakan pada Rabu.
RUU yang dipromosikan oleh kerajaan Sanae Takaichi bertujuan untuk menyelaras dan memperkukuh keupayaan perisikan negara dan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum ini.
Pada hari yang sama, rakyat Jepun mengadakan perhimpunan di luar bangunan parlimen bagi membantah penubuhan agensi berkenaan.
"Begini juga keadaan sebelum Jepun melancarkan perang pencerobohan pada masa dahulu. Akta Pemeliharaan Ketenteraman Awam sebelum Perang Dunia II benar-benar membuka era yang lebih buruk.
"'Agensi Perisikan Negara' adalah sama sahaja. Jika perkara seperti ini diteruskan, Jepun pasti akan menuju ke arah peperangan tidak lama lagi," kata salah seorang pemprotes.
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Kembali ke Tapak Kawat Maut Sandakan
- Ribuan Penduduk Jepun Berhimpun, Bantah Cadangan Kerajaan Pinda Perlembagaan
- Jepun Perlu Putuskan Hubungannya dengan Militarisme
- Tinjauan Umum Jepun: Lebih Separuh Responden Bantah Pelonggaran Sekatan Eksport Senjata Berbahaya
- Cubaan Jepun Dorong 'Penenteraan Semula' Tidak Dapat Sokongan: MFA
- Rakyat Jepun Protes Tindakan Berbahaya Pentadbiran Takaichi
- Tribunal Tokyo Penting Bagi Manusia Sejagat, Jepun Perlu Ambil Iktibar dari Sejarah
- China Kecam Tindakan Jepun Berkaitan Yasukuni Jinja
- Masyarakat Antarabangsa Perlu Waspada terhadap Militarisme Model Baharu Jepun




