- Lain-lain
China, Thailand Komited Perkasa Pertukaran Peringkat Tinggi

China bersedia memperkasa pertukaran peringkat tinggi dengan Thailand bagi merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Luar Sihasak Phuangketkeow di New York pada Selasa.
Wang menyarankan supaya kedua-dua pihak mempercepat penggubalan pelan tindakan baharu untuk kerjasama strategik, selain merangka kerjasama melibatkan pelbagai bidang.
Beliau berkata, China menyokong Thailand dan Kemboja menyelesaikan pertikaian secara damai dan bersedia terus memainkan peranan yang konstruktif dalam hal itu.
Sementara itu, Sihasak berkata Thailand menjunjung prinsip satu China dan bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi serta memperkasa kerjasama dengan China bagi memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas usaha pengantaraan China bagi menyelesaikan pertikaian Thailand-Kemboja.
Tambah beliau, Thailand akan terus mengekalkan dialog dengan Kemboja bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan.
- Durian Thailand Laris Dijual di Nanning
- Mesyuarat ketiga Mekanisme Perundingan Menteri Luar China, Thailand Berlangsung di Bangkok
- China, Thailand Komited Perkukuh Koordinasi Strategik
- Menteri Luar Wang Yi Terima Kunjungan Puteri Thailand Sirindhorn
- Puteri Thailand Sirindhorn Lawat China Mulai Sabtu
- Kedutaan China di Thailand Anjur Majlis Sambutan TBC
- Dialog Trek II China-Kemboja-Thailand Berlangsung di Beijing
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Thailand di Yuxi
- Xi Jinping Terima Kunjungan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn
- Xi Bertemu PM Thailand di Gyeongju




