- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Menteri Luar Thailand di Yuxi

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Sihasak Phuangketkeow di bandar Yuxi, provinsi Yunnan pada Ahad.
Wang berkata China gembira apabila Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata menerusi usaha bersama pihak-pihak terlibat.

Menurut beliau, China akan terus berusaha ke arah memulihkan perdamaian antara Thailand dan Kemboja serta bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat kedua-dua negara yang memerlukan.
Wang turut mengulangi pendirian Chinaterus menyokong ASEAN memainkan peranan sewajarnya, dan bersedia memberi bantuan kepada pasukan pemantau ASEAN yang ditugaskan untuk memastikan pelaksanaan gencatan senjata.
Sementara itu, Sihasak menyatakan penghargaan terhadap usaha pengantaraan yang dilakukan China bagi meredakan konflik Thailand-Kemboja.

Ujarnya, Thailand bersedia meningkatkan komunikasi dengan Kemboja melalui saluran dua hala, mengambil sikap ikhlas, memulihkan pertukaran antara satu sama lain secara berperingkat, membina semula kepercayaan bersama, memperbaiki hubungan bilateral serta memelihara keamanan di kawasan sempadan kedua-dua negara dan serantau.
- Xi Jinping Terima Kunjungan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn
- Xi Bertemu PM Thailand di Gyeongju
- Xi Ucap Takziah kepada Raja Thailand atas Kemangkatan Ratu Sirikit
- Armada Tentera Laut China ke-83 Akhiri Lawatan di Thailand
- Kehadiran Agensi China Terserlah dalam Ekspo Angkasa Lepas Thailand 2025
- Armada Kapal Tentera Laut China Lawat Thailand
- Kerjasama Thailand-China Kukuh: PM Thai
- China Ucapkan Tahniah kepada PM Baharu Thailand, Anutin Charnvirakul
- China, Thailand Bersedia Kembangkan Hubungan Bilateral
- Eksklusif: PM Thailand Sifatkan Hubungan China-Thailand Terus Berkembang Stabil, Mampan




