Dialog Trek II China-Kemboja-Thailand Berlangsung di Beijing

(CRI)Rabu 11 Februari 2026

Dialog Trek II China-Kemboja-Thailand berlangsung di Beijing pada Selasa.

Program anjuran Universiti Hal Ehwal Luar China (CFAU) itu menghimpunkan pakar isu antarabangsa dan ketenteraan dari tiga negara bagi membincangkan langkah-langkah lanjut untuk melaksanakan konsensus Fuxian serta menggalakkan keamanan dan kepercayaan bersama antara Kemboja dan Thailand.

Tiga pihak sebelum ini telah mengadakan pertemuan pada Disember lalu di Tasik Fuxian, Yunnan dan mencapai beberapa konsensus penting berhubung usaha mengukuhkan gencatan senjata dan mendorong hubungan yang lebih stabil antara Kemboja dengan Thailand.

Para peserta pada sesi dialog kali ini melihat konsensus Fuxian sebagai satu asas politik yang penting dalam memperbaiki hubungan Kemboja-Thailand.

Bagaimanapun, pihak terbabit perlu terus berusaha bersama bagi mewujudkan mekanisme berkesan untuk memulihkan kepercayaan, kedamaian dan kerjasama antara kedua-dua negara memandangkan situasi gencatan senjata masih rapuh.

Video

Berita Berkaitan