- Lain-lain
Menteri Luar Wang Yi Terima Kunjungan Puteri Thailand Sirindhorn

Menteri Luar China Wang Yi menerima kunjungan Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn di Beijing pada Rabu.
Wang, yang juga Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dalam pertemuan tersebut menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping dan Raja Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua telah mencapai konsensus tentang pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Thailand pada tahun 2025, sekali gus menggariskan hala tuju perkembangan hubungan persahabatan kedua-dua negara pada masa akan datang.

Wang Yi berkata, Puteri Maha Chakri Sirindhornialah sahabat lama dan baik rakyat China, dan telah membuat sumbangan signifikan bagi peningkatan persahabatan China-Thailand.
China bersedia berganding bahu dengan Thailand untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang yang diberi tumpuan Puteri Sirindhorn, seperti sains dan teknologi, pendidikan, dan kehidupan rakyat, kata Wang Yi.
Dalam pertemuan itu, Puteri Sirindhorn pula berkata, lawatan beliau ke China kali ini amat berhasil.
Beliau turut menzahirkan harapan agar meningkatkan komunikasi dengan China untuk merapatkan persahabatan dalam kalangan rakyat Thailand-China.
- Puteri Thailand Sirindhorn Lawat China Mulai Sabtu
- Kedutaan China di Thailand Anjur Majlis Sambutan TBC
- Dialog Trek II China-Kemboja-Thailand Berlangsung di Beijing
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Thailand di Yuxi
- Xi Jinping Terima Kunjungan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn
- Xi Bertemu PM Thailand di Gyeongju
- Xi Ucap Takziah kepada Raja Thailand atas Kemangkatan Ratu Sirikit
- Armada Tentera Laut China ke-83 Akhiri Lawatan di Thailand
- Armada Kapal Tentera Laut China Lawat Thailand
- Kerjasama Thailand-China Kukuh: PM Thai




