- Lain-lain
China Gesa Gencatan Senjata, Elak Situasi Lubnan-Israel Meruncing
China menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi mengelak konflik Lubnan-Israel daripada terus meruncing.
Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong semasa berucap pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Isnin.
Fu berkata konflik berkenaan semakin memuncak susulan tindakan Israel memperluas operasi ketenteraan terhadap Lubnan dan mengembangkan 'zon keselamatan' secara berterusan.
Ini merupakan operasi ketenteraan paling intensif yang dilakukan tentera Israel ke atas Lubnan dalam tempoh lebih 20 tahun.
Beliau menyeru supaya pihak terbabit melaksanakan gencatan senjata serta-merta bagi meredakan ketegangan.
Sokongan kepada Lubnan perlu ditingkatkan bagi membantu negara itu menstabilkan keadaan domestik, katanya.
Fu turut menambah perlunya memastikan operasi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) berjalan lancar bagi menjaga kestabilan serantau.
- Lubnan, Israel Setuju Laksanakan Gencatan Senjata 10 Hari
- 2,124 Orang Maut Dalam Serangan Israel ke atas Lubnan
- IDF Dakwa Serang 140 Sasaran Hezbollah di Lubnan
- Indonesia Kecam Serangan Menyasar Anggota Pengaman
- China Seru Usaha Segera Redakan Konflik Lubnan-Israel
- Israel Lancar Serangan di Selatan Lubnan, 9 Maut
- Perjanjian Gencatan Senjata Lubnan-Israel Berkuat Kuasa




