Laluan Tren Kargo Terus Dataran Tinggi Qinghai-Xizang ke Vietnam Beroperasi

(CRI)Rabu 03 Jun 2026

Perkhidmatan kereta api kargo antarabangsa yang menghubungkan Dataran Tinggi Qinghai-Xizang dengan Vietnam memulakan operasi baru-baru ini, sekali gus mencatat sejarah dalam hubungan logistik serantau.

Kereta api kargo pertama yang terdiri daripada 35 gerabak kontena itu memulakan perjalanan dari stesen Shuangzhai di bandar Xining.

Qinghai merupakan laluan penting yang menyambungkan jambatan darat Eurasia dan juga hab pengangkutan yang menghubungkan kawasan barat laut dan barat daya China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Qinghai giat memperluas operasi perkhidmatan kereta api kargo antarabangsa secara tetap bagi memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara-negara berkenaan.

Video

Berita Berkaitan