- Lain-lain
Xi, To Lam Bertemu Wakil Belia China dan Vietnam

Presiden Xi Jinping berharap golongan belia China dan Vietnam dapat saling menyokong dan membantu antara satu sama lain bagi memperkukuh ikatan persahabatan yang terjalin antara kedua-dua negara.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu ketika bersama Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV) dan Presiden Vietnam To Lam mengadakan pertemuan dengan perwakilan belia yang mengikuti program ‘Red Study Tours’, di Beijing pada Rabu.
Xi berkata, generasi muda harus berani memikul tanggungjawab dan menyemarakkan motivasi diri dan semangat kreativiti untuk menyumbang kepada usaha inovasi dan kerjasama saling untung antara kedua-dua negara.
Beliau turut menitipkan harapan supaya anak muda mempunyai visi global, berusaha menjadi pelopor dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dan membaktikan zaman muda kepada kemajuan umat manusia.
Sementara itu, To Lam menyeru agar belia dari Vietnam dan China memasang cita-cita luhur, mengasah kemahiran diri dan menguasai ilmu pengetahuan sains demi membuat sumbangan kepada pembangunan negara masing-masing serta pengukuhan ikatan persahabatan sesama negara.
- Xi Bertemu Presiden Vietnam To Lam di Beijing
- Presiden Vietnam To Lam Tiba di Beijing
- Presiden Vietnam To Lam Dijadual Lawat China
- Xi Ucap Tahniah kepada To Lam atas Pelantikan sebagai Presiden Vietnam
- Latihan Bersama Maritim Teluk Beibu China-Vietnam Berakhir
- China, Vietnam Adakan Pertukaran Persahabatan Ketenteraan
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Dua Hala China-Vietnam Ke-17 Diadakan di Hanoi
- Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam To Lam Bertemu dengan Tiga Menteri China
- Mesyuarat Menteri Pertama Berlangsung di Bawah Mekanisme Dialog Strategik "3+3" China-Vietnam
- China, Vietnam Sedia Tingkatkan Kerjasama, Dorong Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik




