Xi Ucap Tahniah kepada To Lam atas Pelantikan sebagai Presiden Vietnam

(CRI)Rabu 08 April 2026

Presiden China, Xi Jinping pada Selasa menzahirkan ucapan tahniah kepada To Lam yang dilantik sebagai Presiden Vietnam.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata China dan Vietnam adalah komuniti berkongsi nasib yang mempunyai kepentingan yang strategik.

Dalam menghadapi perkembangan global yang berkembang pesat sejak kebelakangan ini, Xi menyatakan bahawa China dan Vietnam telah meningkatkan perpaduan dan koordinasi dalam memenuhi kepentingan bersama bagi kedua-dua parti dan kedua-dua negara.

Pada masa sama, beliau amat menghargai perkembangan hubungan yang terjalin antara kedua-dua parti serta hubungan China dan Vietnam sambil menyatakan kesediaan untuk terus berkerjasama dalam perkara berkaitan pembangunan dan kemajuan bersama.

Ini juga merangkumi usaha memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam agar terus melakar kemajuan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, di samping menyumbang kepada kestabilan dan tenaga positif di peringkat serantau dan global.

Pada hari yang sama juga, Perdana Menteri China Li Qiang turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Le Minh Hung atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri Vietnam.

Video

Berita Berkaitan