Jumlah Eksport Kereta China Meningkat 68.7 peratus pada Mei

(CRI)Khamis 11 Jun 2026

Jumlah eksport kereta China pada Mei mencecah 930,000 unit, meningkat 68.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekaligus mengekalkan jumlah eksport melebihi 900,000 unit selama dua bulan berturut-turut.

Antaranya, eksport kenderaan elektrik bateri(BEV) mencatat peningkatan tinggi, iaitu sebanyak 446,000 unit, meningkat 1.1 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Menurut data terkini daripada Persatuan Industri Automobil China (CAAM) pada Rabu, jumlah kumulatif eksport kereta meningkat 63 peratus dengan merekodkan sebanyak 4.059 juta unit, pada lima bulan pertama tahun ini.

Antaranya eksport BEV mencatatkan 1.833 juta unit, menyumbang lebih 45 peratus keseluruhan eksport kereta China.

Video

Berita Berkaitan