- Lain-lain
Zhang Guoqing Hadiri Sidang Kemuncak Konvergensi Global Demi Pertumbuhan
Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing menghadiri Sidang Kemuncak Konvergensi Global Demi Pertumbuhan menerusi pautan video pada Khamis.
Zhang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), ketika menyampaikan ucapan secara pautan video pada sidang tersebut menekankan kepentingan mengutamakan pembangunan, memperbaiki tadbir urus global serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih inklusif.
Katanya, China komited memperluas keterbukaan bertaraf tinggi, berkongsi peluang pembangunan dengan semua negara, serta menyuntik lebih banyak kepastian dan kestabilan ke dalam ekonomi dunia.
Untuk rekod, Sidang Kemuncak Konvergensi Global Demi Pertumbuhan adalah anjuran Perancis dan dipengerusikan oleh Presiden Emmanuel Macron.
Sidang tersebut turut disertai Canselor Jerman Olaf Scholz, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, dan wakil tinggi dari Amerika Syarikat, Brazil, India, Itali, Jepun, Korea Selatan, Britain, serta pegawai dari institusi Kesatuan Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
- OECD Unjur Ekonomi Dunia Bergerak Perlahan
- China Tetap Penyumbang Terbesar Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Presiden WEF
- China Bawa Kepastian, Kestabilan Lebih Besar Kepada Ekonomi Global
- China Kekal Menarik Bagi Pelabur Amerika
- CEO Siemens: China Ubah Sistem Operasi Ekonomi, Lancarkan 'Kuasa Produktif Berkualiti Baharu'
- Kerajaan Tempatan di China Bentang Projek Utama, Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu
- Tinjauan CGTN: China Siap Mencapai Matlamat Pembangunan 2024
- Xi Bertemu Ketua-ketua Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Utama
- Sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB Dirasmikan
- Kerjasama Brazil, China Amat Berhasil - Kata Naib Presiden Brazil




