Forum Davos Musim Panas ke-17 akan Berlangsung di Dalian Minggu Depan

(CRI)Selasa 16 Jun 2026

Forum Davos Musim Panas ke-17 akan berlangsung di bandar Dalian, provinsi Liaoning China dari 23 hingga 25 Jun.

Demikian dimaklumkan dalam sidang media forum berkenaan yang diadakan di Beijing, pada Selasa.

Setakat ini seramai 1,700 perwakilan dari 90 negara dan wilayah telah mengesahkan kehadiran, sekali gus merekodkan jumlah paling tinggi dalam sejarah forum itu.

Bertemakan "Inovasi Berskala Besar", forum edisi kali ini akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai trend inovasi global, transformasi industri serta pembangunan ekonomi masa depan.

Pelbagai sesi dialog dan perbincangan akan diadakan bagi mengumpul pandangan daripada pemimpin kerajaan, tokoh perniagaan, ahli akademik dan pakar industri dari seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan