BIBF ke-32 Tarik Penyertaan 1,100 Pempamer Asing

(CRI)Rabu 17 Jun 2026

Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) edisi ke-32 membuka tirai di Pusat Konvensyen Negara China di Beijing pada Rabu.

Membabitkan ruang pameran seluas 60,000 meter persegi, pesta buku itu menarik penyertaan lebih 1,700 pempamer dari 82 negara dan wilayah, antaranya termasuk lebih 1,100 pempamer asing.

Sebagai negara tetamu kehormat bagi BIBF 2026,Emiriah Arab Bersatu membawa hampir 30 institusi penerbitan untuk memperkenalkan produk terbitan masing-masing selain merancang menganjurkan lebih 20 aktiviti pertukaran.

Video

Berita Berkaitan