- Lain-lain
China Ikrar Perluas Keterbukaan Sektor Kewangan

China komited untuk terus memperluas keterbukaan secara keinstitusian dalam sektor kewangan.
Perkara itu dinyatakan Naib Perdana Menteri He Lifeng ketika berucap pada majlis perasmian Forum Lujiazui 2026 di Shanghai pada Rabu.
He berkata institusi kewangan dari seluruh dunia dialu-alukan untuk meningkatkan kehadiran di pasaran China dan memanfaatkan peluang dijana pembangunan negara Tembok Besar.
Beliau turut menyuarakan kesediaan China untuk memperkasa kerjasama dengan semua pihak dalam tadbir urus kewangan global, di samping bersinergi menangani pelbagai risiko dan cabaran.

Menurut He, Shanghai menghimpunkan sumber kewangan global dan kelebihannya sebagai hab kewangan antarabangsa makin menonjol.
Beliau berkata sokongan padu akan diberikan kepada Shanghai dalam menerajui pembangunan kewangan luar pesisir, selain mempercepat pembinaan pusat pengagihan dan pengurusan risiko global bagi aset mata wang renminbi.
Antara aspek lain yang turut diberi penekanan ialah memudahkan lagi aktiviti perdagangan dan pelaburan rentas sempadan serta menambah baik sistem produk kewangan melibatkan kredit, insurans dan bon, termasuk insurans perkapalan.
Usaha berkenaan akan membantu metropolis itu mencapai kemajuan baharu dalam mengetengahkan diri sebagai pusat kewangan antarabangsa, kata beliau.
- 26 Badan Kewangan Sertai E-CNY Center International
- China Tekankan Kerjasama Kewangan Global di Persidangan PBB
- China Perkenalkan Dasar Kewangan Sederhana Longgar Rangsang Penggunaan
- China Konsisten Tingkatkan Tahap Keterbukaan Kewangan dari Segi Institusi
- Sidang Tahunan Forum Kewangan Antarabangsa Diadakan di Hong Kong
- Pendapatan Fiskal China Naik 5.5 Peratus Pada Oktober
- Tampuk Kuasa PKC Sasar Pembangunan Bahagian Tengah China, Nyah Risiko Kewangan
- Memacu Pembangunan Berkualiti Tinggi dalam Sektor Kewangan: Xi
- Bursa Saham Indonesia Diiktiraf HKEX
- Sidang Tahunan Forum Financial Street Buka Tirai




