- Lain-lain
26 Badan Kewangan Sertai E-CNY Center International

Seorang pelawat menunjukkan secawan kopi yang dibeli dengan yuan digital atau e-CNY, pada pameran sempena Sidang Kemuncak China Digital ke-6 di Fuzhou, provinsi Fujian, timur China, 26 April 2023. (Xinhua/Wei Peiquan)
Perkhidmatan rentas sempadan bagi yuan digital atau e-CNY melakar satu lagi kemajuan selepas 26 institusi kewangan mendaftar diri sebagai peserta langsung e-CNY Center International di Shanghai, Selasa.
Kumpulan pertama peserta langsung mata wang fiat digital China ini serta sistem pembayarannya yang berkenaan termasuk Standard Chartered China selain beberapa cawangan bank modal China di Thailand, Singapura, Laos dan Qatar.
Di bawah model tradisional, setiap transaksi rentas sempadan biasanya perlu melalui tiga hingga lima bank perantara, melibatkan proses seperti pengesahan mesej dan semakan pematuhan.
Dengan bantuan Perkhidmatan Pemindahan e-CNY Rentas Sempadan (CBETS), institusi tersebut boleh membuat sambungan terus dengan sistem pembayaran pihak berkuasa kewangan serta badan-badan kewangan dalam dan luar negeri. Ini dapat memendekkan masa penjelasan daripada beberapa hari bekerja kepada hanya beberapa jam.
CBETS merupakan sebuah platform perkhidmatan rentas sempadan dan juga infrastruktur blok rantai untuk e-CNY, dibina dan dikendalikan oleh e-CNY Center International di bawah panduan Institut Mata Wang Digital Bank Rakyat China.
Dimaklumkan, e-CNY Center International mula beroperasi secara rasmi pada September tahun lepas. Sejak awal tahun ini, pusat itu telah menaiktarafkan tiga platform utamanya kepada CBETS, membawa perkhidmatan e-CNY rentas sempadan ke suatu tahap baharu.
- E-dagang China Berkembang Stabil pada Januari-April
- China Kekal Pasaran Runcit Dalam Talian Terbesar Dunia Selama 13 Tahun Berturut-turut
- Karnival Beli-belah, E-dagang Tiba di Nanning
- Syarikat Guangxi Usaha Tembusi Pasaran ASEAN, Manfaatkan E-dagang
- Guangxi Pamer Hasil Aplikasi AI dalam E-dagang Rentas Sempadan
- Pertandingan AI Buka Masa Depan Baharu Buat E-dagang Rentas Sempadan
- Syarikat China Dorong Pembangunan E-dagang di Asia Tenggara
- Petola Bawa Kemakmuran di Kaunti Shangcheng
- China Perluaskan Usaha Untuk Pacu Kerjasama E-Dagang Global
- China Percepat Kerjasama E-Dagang Global




