Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-4 Buka Tirai Hari Ini

(CRI)Isnin 22 Jun 2026

Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi keempat membuka tirainya di Beijing pada hari ini.

CISCE tahun ini menumpukan kepada enam rantaian perindustrian termasuk teknologi digital dan pintar, pembuatan canggih, pertanian hijau, kehidupan sihat, kenderaan pintar, dan tenaga bersih, sambil menempatkan satu zon pameran untuk perkhidmatan rantaian bekalan.

CISCE edisi ini berjaya menarik penyertaan 676 syarikat utama dari 85 buah negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa. Antaranya lebih 65% merupakan antara 500 syarikat terkemuka dunia (Fortune Global 500).

Kecerdasan buatan (AI) sebagai salah satu tumpuan utama dalam ekspo yang menghimpunkan konglomerat peneraju dari dalam dan luar negara ini, diperkenalkan buat pertama kalinya di satu zon pameran khas di bawah Rantaian Teknologi Digital dan Pintar.

Dalam pada itu, terdapat satu lagi zon pameran khas bagi ekonomi altitud rendah di bawah Rantaian Pembuatan Canggih, disokong oleh lebih 30 syarikat pempamer yang menunjukkan komitmen dalam mendorong ekosistem industri yang lengkap merangkumi teknologi terkini, hasil inovasi hingga trend perkembangan.

Majlis pelancaran sulung yang diadakan semasa ekspo ini membabitkan lebih 160 produk dan item, manakala sebanyak 70 sesi padananan perniagaan turut akan diadakan di tapak pameran.

Video

Berita Berkaitan