- Lain-lain
Ekspo China-ASEAN ke-23 Tumpukan pada Perkongsian Peluang Baharu

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-23 bakal diadakan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada 17 hingga 21 September tahun ini.
CAEXPO yang bertemakan “berkongsi peluang versi 3.0 dan bekerjasama untuk mewujudkan kehidupan yang baik” itu, akan mempamerkan dengan sepenuhnya hasil terkini dan arah masa depan kerjasama China-ASEAN.
Para pempamer akan dijemput untuk berkongsi pengalaman praktikal di barisan hadapan, selain menyertai dialog peringkat tinggi dan mendapat pendedahan tentang tafsiran profesional dalam majlis pelancaran Kertas Biru, semasa berlangsungnya CAEXPO ke-23 yang menonjolkan zon pameran ekonomi digital dan zon pameran rendah karbon.
CAEXPO edisi terkini itu juga akan memberi tumpuan kepada tiga komponen utama dalam penjenamaan, iaitu "Belanja di China", "Eksport ke China" dan "Pelaburan di China". Penganjuran pelbagai aktiviti yang terbabit seperti majlis pelancaran sulung untuk produk baharu serta pameran untuk produk yang laris dijual, dipercayai kondusif bagi barangan berkualiti tinggi dari negara-negara ASEAN dipromosi memasuki pasaran China, malah membantu syarikat-syarikat terbabit menganjurkan sesi padanan perniagaan yang pelbagai.
Di samping itu, penekanan juga akan diberikan kepada aplikasi kecerdasan buatan (AI) melalui pameran produk dan pakej penyelesaian AI di pelbagai dimensi, dengan menampilkan secara menyeluruh produk AI baharu dan "teknologi canggih" yang digunakan dalam pelbagai senario kehidupan seharian, serta mengetengahkan keperluan aplikasi AI di negara-negara ASEAN dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan serta industri.
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Aroma Kelapa Thailand Seberangi Gunung dan Laut
- Bagaimana Buah-buahan ASEAN Merentas Ribuan Batu ke China
- Diplomat ASEAN Nantikan Peluang Kongsi Pasaran dengan China
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Cita Rasa Terunggul Durian Malaysia
- Guangxi: Pintu Masuk Buah-buahan ASEAN
- Sambutan China Pacu Industri Durian Asia Tenggara
- Cuti Musim Bunga, Masa untuk ke Guangxi
- Laporan AMRO:China Menjadi Hab Utama Rangkaian Pengeluaran Rantau ASEAN+3
- Pertumbuhan Ekonomi Asia Timur-Tenggara 2026 Dijangka Meningkat 4 Peratus
- China Kurangkan Kadar Tarif Ke Atas Sejumlah Barangan Import Pada 2026




