Xi Ucap Takziah Gempa Kuat Gegar Venezuela

(CRI)Sabtu 27 Jun 2026

Presiden China Xi Jinping pada Jumaat merakamkan ucapan takziah kepada Pemangku Presiden Venezuela Delcy Rodriguez susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan negara itu.

Xi berkata beliau terkejut apabila diberitahu Venezuela dilanda gempa bumi dahsyat yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda besar.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mereka yang cedera akibat bencana itu.

Xi menyatakan China bersedia menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada Venezuela dalam usaha menangani bencana dan membangunkan semula kawasan terjejas.

Rakyat Venezuela diyakini mampu mengatasi bencana dan membina semula kampung halaman mereka di bawah pimpinan kerajaan, ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan