- Lain-lain
China Ucap Takziah kepada Venezuela
(CRI)Selasa 07 Julai 2026

Penolong Menteri Luar China, Cai Wei yang mewakili kerajaan China mengunjungi Kedutaan Venezuela di Beijing pada Isnin, bagi menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan nyawa berikutan gempa bumi yang melanda negara itu.
Cai turut menzahirkan rasa duka cita terhadap waris mangsa yang terkorban akibat bencana tersebut serta mendoakan agar kerajaan dan rakyat Venezuela dapat segera mengatasi musibah berkenaan dan membina semula kawasan yang terjejas.
Sementara itu, Duta Besar Venezuela ke China, Remigio Ceballos Ichaso mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut dan merakamkan penghargaan kepada kerajaan China atas bantuan yang dihulurkan bagi menyokong usaha pemulihan pasca gempa.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




