Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Peru Keiko Fujimo

(CRI)Selasa 07 Julai 2026

Presiden China, Xi Jinping pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Keiko Fujimo yang dilantik sebagai Presiden Peru yang baharu.

Dalam perutusannya, Xi berkata China dan Peru merupakan rakan kongsi strategik komprehensif, dengan hubungan kedua-dua negara mengekalkan momentum pembangunan yang positif.

Beliau berkata kedua-dua negara mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi yang kerap, kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil yang memberangsangkan, dan persahabatan antara rakyat kian diperkukuh.

Xi turut menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik antara China dan Peru.

"Saya mementingkan pembangunan hubungan China-Peru, dan bersedia untuk bekerjasama dengan Presiden terpilih Keiko Fujimori bagi memperkukuh persahabatan tradisional kedua-dua negara, membawa hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Peru ke tahap yang lebih tinggi, dan seterusnya memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan