- Lain-lain
Pelbagai Program Pertukaran Kukuh Ikatan Sesama Rakyat China-AS: MFA

China mengalu-alukan lebih ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) datang melawat China dan mengikuti program pertukaran, melihat sendiri keadaan sebenar di negara Tembok Besar serta menyumbang kepada pengukuhan persahabatan kedua-dua negara.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning membuat kenyataan itu susulan laporan bahawa pertandingan persahabatan pasukan besbol belia China-AS serta pesta sukan Bond with Kuliang 2026diadakan dengan jayanya di China.


Mao berkata pihak China berbesar hati melihat kisah Kuliang yang berusia seabad terus bersemarak dengan berlakunya banyak cerita pertukaran muhibah yang baharu.
Selain Pesta Sukan Belia China-AS, pelbagai aktiviti seperti Dialog Kepimpinan Belia Flying Tigers dan Program Pertukaran Belia Panda Maxxing turut dilancarkan di China, sekali gus memperlihatkan sifat rakyat kedua-dua negara yang saling menghormati perbezaan serta komitmen memperkukuh ikatan antara satu sama lain.
Beliau turut mengulas bahawa aktiviti berkenaan mencerminkan harapan hubungan China-AS terletak pada rakyat dan masa depannya bergantung kepada golongan belia.
- Konsert 'Spring Joy 2026' dan Promosi 'Hello China' Diadakan di AS
- Xi dan Peng Balas Kad Tahun Baharu kepada Sekolah Menengah di Washington
- Golongan Remaja China-AS Bersilaturahim untuk Tambah Elemen Proaktif Hubungan Bilateral - Peng
- Xi Harap Golongan Belia Menyumbang kepada Persahabatan China-AS
- China, AS Mahu Tingkatkan lagi Kerjasama Pelancongan
- Xi Tahniah Perasmian Persidangan Pelancongan China-AS
- Presiden Xi Balas Surat kepada Pelajar Sekolah Menengah AS
- Han Zheng Temu Wakil Flying Tigers




