Kebakaran Hutan Terus Merebak di Perancis, Sepanyol

(CRI)Rabu 29 Julai 2026

Suruhanjaya Eropah pada Selasa menyatakan bahawa kebakaran hutan di Perancis dan Sepanyol terus merebak dengan jumlah keluasan kawasan terbakar kini mencecah 122,000 hektar.

Meskipun Kesatuan Eropah (EU) telah menggerakkan mekanisme pertahanan awam bagi menyelaras kerja-kerja memadam kebakaran rentas sempadan antara negara anggota, namun kepantasan api merebak melebihi keupayaan tindak balas kecemasan sedia ada.

Difahamkan, kira-kira 42,000 hektar hutan di Perancis musnah dalam kebakaran, manakala di Sepanyol telah mencecah 80,000 hektar.

Pesuruhanjaya Pengurusan Krisis EU, Hadja Lahbib memaklumkan, lebih 300,000 orang di Perancis dan Sepanyol terpaksa berpindah akibat kebakaran hutan tersebut.

Video

Berita Berkaitan