- Lain-lain
“Kapasiti Berlebihan”, Alasan Bolehkan Perlindungan Perdagangan
“Teori kapasiti berlebihan” yang sering digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebagai cubaan untuk mempolitikkan isu ekonomi, hanyalah alasan untuk membolehkan amalan perlindungan perdagangan. Ia berpunca daripada salah tafsir dan sikap tidak mempedulikan hukum ekonomi pasaran.

Timbalan Menteri Perdagangan Yan Dong, Pengarah Pejabat Penyelidikan Dasar Lin Weilong, Pengarah Jabatan WTO Han Yong, dan ketua Jabatan Perdagangan Luar He Shaojun menjelaskan pendirian China berhubung dakwaan “kapasiti berlebihan”. (foto/Pejabat Maklumat Dewan Negara)
Kementerian Perdagangan China dalam dokumen terbaru mengenai pendirian negara berhubung hal ini, terlebih dahulu menjelaskan konsep “kapasiti berlebihan”.
Dalam sebuah ekonomi pasaran, penawaran dan permintaan membabitkan kapasiti sentiasa menuruti kitaran dinamik iaitu “seimbang – tidak seimbang – diimbang semula”. Tidak wujudnya satu keadaan yang kapasiti sentiasa seimbang.
Penunjuk penggunaan kapasiti juga perlu dinilai berdasarkan fasa pembangunan ekonomi. Kadar penggunaan median di negara maju dan pesat membangun biasanya antara 75 peratus hingga 80 peratus, sedangkan di negara kurang membangun, 50 peratus hingga 64 peratus. Tiada satu standard yang diterima sejagat untuk penilaian ini. Pada 2025, kadar penggunaan kapasiti perindustrian atas saiz tertentu di China mencecah 74.4 peratus, masih dalam julat yang munasabah.

Pada 8 November 2025, Chongqing dan Düsseldorf menganjurkan pameran bersama semasa CIIE ke-8. (foto/Xinhua)
Terdapat logik salah mengaitkan isu kapasiti dengan subsidi perindustrian; ini disangkal kerana subsidi seumpama merupakan kelaziman di mana-mana, yang bertujuan membetulkan kesilapan pasaran, dan tiada perkaitan terus dengan kapasiti berlebihan.
Lebihan dagangan yang besar juga tidak secara automatiknya bermakna wujud kapasiti berlebihan seperti yang didakwa. Pada separuh pertama tahun ini, import barangan China tumbuh lebih pesat daripada eksport, pada kadar 22.1 peratus. Pada 2025, syarikat modal asing menyumbang kepada 16 peratus lebihan negara dan menerima pulangan yang cukup banyak. Ternyata, lebihan di China, untung buat semua. Dihitung dari segi pariti kuasa beli, China kini pasaran pengguna barangan terbesar dunia. Maka, dakwaan terdapat permintaan domestik yang lemah tiada asasnya.

Pada 5 November 2025, pengunjung bergambar di Pusat Pameran dan Konvensyen Negara (Shanghai), lokasi CIIE ke-8. (foto/Xinhua)
Pada hakikatnya, sumbangan positif kapasiti China kepada dunia tidak dapat dinafikan. Memetik Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA), dalam sedekad lalu, kos purata per unit kuasa angin dan fotovolta di dunia masing-masing turun lebih 60 peratus dan 80 peratus, sebahagian besarnya hasil inovasi China, sektor pembuatan China, dan juga kapasiti China.
China bukan sahaja “kilang dunia”, malahan sebuah “pasaran dunia” yang dinamik, yang 17 tahun berturut-turut berstatus pengimport kedua terbesar global. Bukan setakat itu, negara ini juga sedia berkongsi peluang pembangunan dengan dunia melalui platform seperti Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE).
Pembangunan industri-industri moden China patut dipandang sebagai satu peluang serba baharu, yang akan memenuhi kepentingan semua negara di dunia melalui kerjasama dan hasil yang bersifat menang-menang.
- Dakwaan "Kapasiti Berlebihan China" Tidak Berasas, Kata MoC
- Akhbar Switzerland: Dakwaan Barat tentang "Kapasiti Industri Berlebihan di China" Bersifat Hipokrit dan Berpandangan Pendek
- 10 Soal-Jawab Dakwaan “Lebihan Kapasiti China”
- Lihat Saja Fakta, Tiada Guna Cuba Burukkan Pencapaian China
- “Eksport Produk Hijau China Mudaratkan Ekonomi Negara Lain?” Tak Masuk Akal!
- “Kapasiti Industri Berlebihan” Alasan bagi Perlindungan Perdagangan
- Dakwaan Lebih Banyak Eksport Bersamaan Lebihan Kapasiti Tidak Berasas
- Lebihan Kapasiti, Helah Sama Diulang Lagi




