Ekonomi Marin China Kekalkan Momentum Pertumbuhan Baik pada Separuh Pertama 2026

(CRI)Selasa 04 Ogos 2026

Ekonomi marin China mengekalkan momentum pertumbuhan baik, degan jumlahnya mencapai RMB5.5 trilion (RM3.32 trilion) pada separuh pertama 2026, meningkat 5.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.

Kadar pertumbuhan itu juga lebih tinggi berbanding kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut data terbaharu yang diumumkan Kementerian Sumber Asli China, pada Isnin.

Pada separuh pertama tahun ini, teknologi teras laut dalam mencapai kemajuan baharu, sekali gus menjadi pemacu utama kepada inovasi dan pembangunan ekonomi marin.

Tiga petunjuk utama berkaitan industri pembinaan kapal laut, iaitu jumlah tempahan baharu, jumlah kapal yang siap dibina, dan jumlah tempahan yang masih dalam pembinaan masing-masing mendahului dunia.

Sementara itu, nilai pesanan kejuruteraan luar pesisir (offshore engineering) baharu pula meningkat 121.9 peratus tahun ke tahun, mewaliki lebih 80 peratus di pasaran global.

Selain itu, keupayaan bekalan produk laut China terus meningkat pada separuh pertama 2026, dengan jumlah pengeluarannya menokok 4.7 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan