- Lain-lain
Kutipan Tiket Filem Semasa Cuti Sekolah Musim Panas 2026 Lepasi RMB8.5 Bilion
Berdasarkan data dalam talian, kutipan tiket filem semasa cuti sekolah musim panas 2026 termasuk jualan awal di seluruh China melepasi RMB8.5 bilion (RM5.15 bilion), manakala kutipan bagi sepanjang tahun sehingga kini sudah melebihi RMB24.2 bilion (RM14.67 bilion).
Setakat pukul 6.30 petang 9 Ogos, jumlah tayangan sepanjang cuti sekolah musim panas ini mencapai 30.463 juta, meningkat tujuh peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Manakala jumlah penonton pula mencecah 234 juta orang, meningkat 6.85 peratus tahun ke tahun.
Pada masa sama, harga tiket bagi musim panas turun kepada RMB36.3 (RM22) secara purata, susut 3.2 peratus berbanding tahun lalu dan merupakan paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun, sekaligus mengurangkan kos menonton dalam kalangan penonton.
Industri filem China kini mencatat nilai keluaran keseluruhan rantaian industri melebihi RMB380 bilion (RM230 bilion), manakala konsep "Filem+" turut membantu merangsang penggunaan dalam sektor pelancongan dan budaya secara lebih meluas.
- Kutipan Tiket di Pawagam China Catat Lonjakan
- Kutipan Tiket Filem Semasa Musim Panas 2026 Lepasi RMB7.1 Bilion
- Kutipan Tiket Filem Semasa Musim Panas 2026 Lepasi RMB5.7 Bilion
- Kutipan Filem 2026 Cecah RMB20 Bilion
- China Garis Pelbagai Langkah Majukan Industri Pawagam
- Kutipan Tiket Filem Semasa Musim Panas 2026 Lepasi RMB2 Bilion
- Pasaran Filem China Raih Kutipan Memberangsangkan
- Kutipan Tiket Filem Semasa Musim Panas 2026 Lepasi RMB1 Bilion
- Filem "Dear You" Raih Kutipan Tiket Lebih RMB1.8 Bilion
- Filem China “Dear You” Kutip Lebih 1 Bilion Yuan




