Kematian Kes Tembakan di Sekolah Thailand Meningkat kepada 9 Orang

(CRI)Ahad 09 Ogos 2026

Angka kematian akibat kejadian tembakan yang berlaku di sekolah menengah Thailand meningkat kepada sembilan orang.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Debsirin Nonthaburi yang terletak di wilayah Nonthaburi, pinggir barat laut Bangkok pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan.

Menurut polis, suspek yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah, terlebih dahulu menembak mati datuk dan neneknya di rumah sebelum melepaskan tembakan di sekolah berkenaan.

Suspek itu membunuh diri setelah melepaskan 26 das tembakan.

Video

Berita Berkaitan