- Lain-lain
Kerajaan China Peruntukkan Dana Khas Tangani Bencana Alam
Kerajaan China memperuntukkan dana kecemasan untuk menangani bencana hujan lebat dan banjir teruk berikutan taufan Dolpin yang membadai kawasan timur negara ini.
Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China pada Isnin mengumumkan peruntukan RMB200 juta (RM120.88 juta) daripada bajet kerajaan pusat bagi menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula di wilayah Zhejiang, timur China yang terjejas akibat taufan berkenaan.
Dana itu akan digunakan terutama untuk membaik pulih infrastruktur yang rosak termasuk jalan raya dan kemudahan pengairan, selain kemudahan perkhidmatan awam seperti sekolah dan hospital.
Sementara itu, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengurusan Kecemasan turut memperuntukkan RMB180 juta (RM108.79 juta) daripada dana pusat bagi pengurangan bencana alam untuk membantu kawasan di timur dan barat laut China yang terjejas.
Daripada jumlah itu, RMB120 juta akan disalurkan kepada lima wilayah di timur iaitu Jiangsu, Zhejiang, Anhui, Fujian dan Jiangxi, bagi menyokong tindak balas kecemasan terhadap taufan serta operasi menyelamat.
Baki RMB60 juta pula akan disalurkan kepada wilayah Mongolia Dalam dan Xinjiang bagi menangani bencana kemarau.
- Xi Arah Perkukuh Usaha Tangani Bencana Alam
- China Anjur Aktiviti Sempena Hari Pencegahan Bencana
- Bekalan Elektrik Pulih Sepenuhnya di Kawasan Bencana Yuzhong
- Tingkatkan Kewaspadaan, Utamakan Kerja Menyelamat Bencana - Xi
- Bekalan Elektrik, Komunikasi dan Air di Semua Kampung Terjejas Bencana di Beijing Pulih Sepenuhnya
- Xi Arah Usaha Habis-habisan Selamatkan Mangsa Insiden Rempuhan Kereta
- China Peruntukkan RMB500 Juta, Bantu Lima Provinsi Dilanda Banjir
- Xi Pengerusikan Mesyuarat Kerja Kawal Banjir dan Bantuan Bencana
- Xi Arah Usaha Habis-habisan Bantu Mangsa Daik Pecah
- Guterres Zahir Sokongan kepada Mangsa Banjir di Libya




