China Bantah Keras "Notifikasi Pelancaran Peluru Berpandu Balistik" Direka AS

(CRI)Rabu 12 Ogos 2026

China membantah keras kenyataan bersama yang dikemukakan wakil Amerika Syarikat (AS) mengenai "notifikasi pelancaran peluru berpandu balistik" yang menyasarkan China.

Demikian ditegaskan Duta Besar Hal Ehwal Pelucutan Senjata China, Li Chijiang semasa Persidangan Pelucutan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Selasa.

Li menyatakan bahawa pembangunan dan pemodenan pertahanan negara China adalah wajar dan munasabah serta tidak boleh dipersoalkan.

Ujarnya, langkah China memaklumkan lebih awal mengenai pelancaran peluru berpandu merupakan tindakan berunsur muhibbah dan tidak seharusnya dipengaruhi pertimbangan geopolitik.

Li berkata, AS tidak mempunyai kedudukan untuk mengkritik China berhubung ujian pelancaran peluru berpandu.

Menurutnya, AS merupakan negara yang paling kerap dan paling banyak melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua di seluruh dunia.

AS dengan sewenang-wenangnya "memusnahkan perjanjian dan menarik diri daripada kumpulan", di samping membelanjakan dana besar untuk pembinaan kekuatan nuklear, serta melaksanakan pengaturan "perkongsian nuklear" dan "pencegahan lanjutan".

Perbuatan AS itu telah menimbulkan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan