- Lain-lain
Beijing Kecam Tindakan AS Fitnah Dasar Nuklear China

Beijing mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) memutarbelitkan dan memfitnah dasar nuklear China.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian mengkritik perbuatan tersebut sebagai manipulasi politik AS untuk mengejar hegemoni nuklear dan melarikan diri daripada tanggungjawab melucutkan senjata nuklear.
Semasa Persidangan Pelucutan Senjata di Geneva baru-baru ini, Timbalan Setiausaha Negara AS bagi Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa, Thomas DiNanno menuduh Beijing menjalankan ujian nuklear secara rahsia pada Jun 2020.
Susulan itu, Lin membidas dakwaan AS tersebut sebagai tidak berasas sama sekali.
Ujar beliau, AS perlu kembali berpegang kepada komitmen lima negara pemilik senjata nuklear terhadap moratorium ujian nuklear.
Justeru China menggesa AS supaya mematuhi konsensus global mengenai larangan ujian nuklear, serta mengambil tindakan konkrit untuk menjaga sistem pelucutan dan kawalan senjata nuklear antarabangsa.
- China Bantah Tindakan Unilateral, Haram dan Hegemoni AS
- PBB Bimbang Situasi Semasa di Venezuela
- China Kutuk Tindakan Kekerasan AS terhadap Venezuela
- Pelantikan Utusan Khas oleh AS Tidak akan Ubah Apa Jua Hal - PM Greenland
- AS Tahan Tangki Minyak Cetus Kebimbangan Rakyat Cuba
- Venezuela Bantah Keputusan Mahkamah AS “Jual secara Paksa” Citgo Petroleum
- China Dakwa AS Lakukan Serangan Siber Berskala Besar ke atas Pusat Khidmat Masa Negara
- AS Diminta Untuk Tidak Bersifat Talam Dua Muka
- “Laporan Penilaian Undang-undang 'Kebebasan Navigasi' Gaya AS” Diterbitkan
- Hong Kong Bantah Laporan Hak Asasi Manusia AS




