China-Mesir Adakan Latihan Bersama Tentera Udara

(CRI)Sabtu 15 Ogos 2026

Tentera Udara China dan Tentera Udara Mesir akan mengadakan latihan bersama 'Eagles of Civilization-2026' di Mesir pada pertengahan Ogos hingga awal September nanti.

Demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Chen Xi pada petang Jumaat.

Menurutnya, latihan kali ini akan menumpu kepada taktik pertempuran udara, kawalan di ruang udara melalui pertempuran, operasi menyelamat dalam pertempuran dan lain-lain.

Ini merupakan kali kedua kedua-dua pihak mengadakan latihan bersama di bawah siri itu, yang dipercayai akan terus membantu meningkatkan rasa saling percaya dan persahabatan tradisional kedua negara, dan mendalami kerjasama tentera kedua-dua pihak demi pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan