- Lain-lain
China Puji Korea Selatan Tegaskan Pendirian Satu China

Ketua Pengarah Jabatan Asia Timur Laut dan Asia Tengah Kementerian Luar Korea Selatan Nam Jin pada Khamis menyatakan, Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik Korea Selatan-China menyebut kerajaan Korea Selatan mengiktiraf Republik Rakyat China ialah satu-satunya kerajaan sah China.
Pada masa sama, menurut beliau, Korea Selatan menghormati pendirian China iaitu hanya ada satu China di dunia, manakala Taiwan merupakan sebahagian wilayah China. Pendirian Korea Selatan tersebut tidak berubah.
Jurucakap Kementerian Luar China ketika diminta mengulas mengenai kenyataan tersebut berkata, China memuji kenyataan pegawai Korea Selatan tersebut.
Beliau berkata, China berharap dan percaya Korea Selatan akan mempertahankan aspirasi asal penjalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, mematuhi komitmen politiknya, mengamalkan prinsip satu China dengan tindakan konkrit, dan memelihara asas politik hubungan China-Korea Selatan.
- Merdeka Dibantu Kuasa Asing atau Guna Kekuatan, Hanyalah Ilusi
- AS Perlu Berhati-hati Mengendalikan Hal Taiwan
- Kenyataan China Berhubung Penolakan WHA ke-79 Terhadap Usul Berkaitan Taiwan
- Cubaan Lai Takkan Ubah Fakta Taiwan Sebahagian Wilayah China - MFA
- China Putuskan Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA
- Pandangan Satu Pihak AS Takkan Goyangkan Prinsip "Satu China"
- Menteri Luar China Tegaskan Pemeliharaan Orde Antarabangsa Pasca Perang, Penyatuan Semula China
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- G7 Diseru Junjung Prinsip Satu China
- China Bantah 'Transit' Tsai Ing-wen di AS




