- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Hungary
Presiden China, Xi Jinping pada Rabu mengucapkan tahniah kepadaAndras Baka yang dilantik sebagai Presiden baharuHungary.
Dalam perutusannya, Xi berkata Hungary merupakan salah satu negara yang paling awal mengiktiraf Republik Rakyat China dan kedua-dua negara mempunyai hubungan yang baik sejak sekian lama.
Sejak penjalinan hubungan diplomatik China-Hungary pada 77 tahun lalu, kedua-dua negara berpegang kepada prinsip saling hormat, sama rata, dan kerjasama saling menguntungkan, memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam pelbagai sektor, kata beliau.
Xi turut meluahkan harapan untuk bersama-sama Baka, mengukuhkan persahabatan tradisional sesama rakyat, memperdalam kesalingpercayaan politik dan meningkatkan pertukaran dalam pelbagai bidang.
Beliau juga berharap kedua-dua negara dapat mendorong kerjasama praktikal sekali gus melonjakkan perkongsian strategik komprehensif dalam apa jua keadaan cuaca pada era baharu antara China dan Hungary ke tahap baharu, sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
- Menteri Luar China dan Hungary Adakan Rundingan
- Wang Yi Lawat Hungary, Hadir MSC ke-62 di Jerman
- Zhao Leji Lawat Hungary, Perkukuh Kerjasama BRI
- Chen Wenqing akan Lawat Rusia dan Hungary
- Xi Ditemui PM Hungary
- Xi Ditemui PM Hungary
- Hungary Hargai BRI, Dukung Kolaborasi dan Kesalinghubungan
- China, Hungary Perincikan Kerjasama Melalui Peningkatan Tahap Perkongsian
- Hubungan China, Hungary Ditingkatkan ke Tahap Baharu
- Peng Liyuan Lawat Istana Buda




