- Lain-lain
Lonjakan Besar Dicapai Berturut-turut dalam Sukan Robot Humanoid Dunia Kedua

Sebanyak lebih 2,000 robot humanoid dari 666 pasukan, beraksi di gelanggang dalam Sukan Robot Humanoid Dunia Kedua yang diadakan di Gimnasium Luncur Ais Kebangsaan China di sini dari 22 hingga 26 Ogos.
Kedua-dua angka tersebut masing-masing menonjak138% dan empat kali ganda berbanding edisi pertama.
Setiap sesi pertandingan bukan sahaja memperlihatkan kemahiran 'atlet', malah mencerminkan lonjakan besar yang dicapai dalam inovasi teknologi terkini.
Dalam perlumbaan kelayakan 100 meter yang diadakan pada majlis perasmian,satu 'atlet' robot dari pasukan Tianzhuo menyelesaikan lariannya dalam 9.39 saat, sekali gus memecahkan rekod dunia yang dipegang umat manusia, iaitu 9.58 saat.

Sementara itu, dalam acara demonstrasi lompat tinggi, satu 'atlet' robot yang mewakili pasukan Tianxiao berjaya membuat lompatan setinggi 2.88 meter.
Dalam sesi pertarungan bebas, para penonton dapat menyaksikan aksi 'sepak setelah berputar' yang dilakukan robot humanoid, yang dilihat menunjukkan keupayaan mengawal postur yang hebat.

Dimaklumkan lagi, prestasi dicapai pada sukan yang disertai 16 negara kali ini meningkat dengan ketara berbanding edisi pertama.
Untuk rekod, pencapaian terbaik dalam acara 100 meter bagi edisi pertama ialah 21.50 saat; manakala prestasi terbaik dalam acara lompat tinggi bagi tahun lepas hanya mencatat 95.641 sentimeter sahaja.
- Upacara Perasmian Sukan Robot Humanoid Dunia Kedua Diadakan di Beijing
- Sukan Robot Humanoid Dunia Kedua Buka Tirai di Beijing
- Persidangan Robot Dunia Bawa 311 Produk Baharu
- Robot Manusia dalam Pelbagai Senario Penggunaan di Shenzhen
- Robot, AI dan Ubat Inovatif China Menyerlah di Pasaran Global
- Robot Pintar Changzhou Curi Perhatian
- Kedai Robot 6S Pertama Dunia di Kunshan
- Chengdu Bangunkan Ekosistem Robot Komprehensif
- China Kekal Pasaran Robot Perindustrian Terbesar Dunia
- Firma Robotik China Teroka Peluang di Indonesia




