Robot, AI dan Ubat Inovatif China Menyerlah di Pasaran Global

(CRI)Selasa 28 Julai 2026

Robot, kecerdasan buatan (AI) dan ubat-ubatan inovatif muncul sebagai tiga jenis produk buatan China yang semakin menyerlah di pasaran global.

Produk berkenaan turut dilihat sebagai hala tuju perkembangan industri masa hadapan.

Data daripadaOpenRoutermenunjukkan jumlah penggunaan model AI berskala besar China mencapai 36.11 trilion token pada minggu ketiga bulan Julai, menokok 30 peratus berbanding minggu sebelumnya dan menduduki tangga teratas global selama 12 minggu berturut-turut.

Pada separuh tahun pertama, robot perindustrian buatan China dieksport ke 141 negara dan wilayah dengan nilai keseluruhannya mencatat 6.29 bilion yuan (RM3.79 bilion).

Sementara itu, jumlah eksport robot pembedahan merekodkan 480 juta yuan (RM289 juta) dengan pasarannya meluas kepada 49 buah.

Ubat-ubatan inovatif yang dihasilkan China turut mencorak semula landskap pasaran perubatan global.

Dari Januari hingga Jun, Pentadbiran Produk Perubatan Negara (NMPA) China meluluskan penggunaan 38 ubat inovatif kelas pertama yang semuanya diselidik dan dihasilkan oleh syarikat domestik. Ia termasuk 11 ubat terbaharu di peringkat global dengan sasaran molekul dan mekanisme tindakan (MoA) yang baharu.

Kini, jumlah ubat baharu yang sedang dikaji China mewakili kira-kira 30 peratus keseluruhan global dan menduduki tempat kedua di dunia.

Video

Berita Berkaitan