- Lain-lain
Firma Robotik China Teroka Peluang di Indonesia

Sebuah robot manusia membuat persembahan pada satu persidangan rakan kongsi oleh syarikat China AGIBOT di Jakarta, Indonesia, 9 Jun 2026. (Xinhua/Agung Kuncahya B.)
Pemaparan pelbagai jenis robot manusia dan penyelesaian yang disetempatkan, tumpuan pegawai kerajaan dan wakil industri semasa persidangan rakan kongsi AGIBOT di Indonesia, Selasa lalu.
Persidangan tersebut, yang julung kalinya buat syarikat pembangun AI terkandung China tersebut, dilihat sebagai manifestasi hasrat untuk memperluas pasaran ke negara Asia Tenggara itu.
Kakitangan khas Presiden Indonesia, Achmad Adhitya menganggap masa depan sudah pun tiba, dan teknologi robotik bukan lagi satu konsep yang jauh. Sebaliknya, ia dengan pantasnya menjadi sebahagian kehidupan harian.
“Kita mesti bersiap sedia untuk ketibaan era robotik,” ujarnya, yakin bahawa AGIBOT akan mempelopori industri robot Indonesia dan membuat sumbangan positif kepada pembangunan teknologi dan sosial negaranya.
Indonesia bukan sahaja ekonomi terbesar di ASEAN, tetapi juga salah satu pasaran strategik paling dinamik bagi industri AI terkandung global, memetik Deng Feng, presiden AGIBOT wilayah Asia Barat dan Asia Pasifik.
Pada persidangan berkenaan, beberapa robot manusia menonjolkan keupayaan termasuk pergerakan secara berautonomi, interaksi manusia-mesin, serta pelaksanaan tugas.
Menurut AGIBOT, produk mereka dibina berasaskan seni bina bersepadu menggabungkan kecerdasan gerak alih, kecerdasan interaktif dan kecerdasan operasi, dengan aplikasi yang meliputi pembuatan industri, perkhidmatan komersial, penyelidikan sains dan pendidikan.

Sebuah robot manusia membuat persembahan pada satu persidangan rakan kongsi oleh syarikat China AGIBOT di Jakarta, Indonesia, 9 Jun 2026. (Xinhua/Agung Kuncahya B.)

Tetamu berinteraksi dengan sebuah robot manusia pada satu persidangan rakan kongsi oleh syarikat China AGIBOT di Jakarta, Indonesia, 9 Jun 2026. (Xinhua/Agung Kuncahya B.)

Tetamu menonton persembahan oleh sebuah robot manusia pada satu persidangan rakan kongsi oleh syarikat China AGIBOT di Jakarta, Indonesia, 9 Jun 2026. (Xinhua/Agung Kuncahya B.)
- Ekspat Teruja Jumpa Robot di Wuhu
- Sehari Suntuk Bersama Robot di Beijing!
- Robot Trafik Pintar Ditempatkan di Hangzhou
- Industri Robot Kembang Maju Berkat Sokongan Dasar di Qinhuangdao
- Sukan Robot Humanoid Dunia Kedua Dijadual Berlangsung Ogos
- Robot Manusia Atasi Rekod Dunia Separuh Maraton di Beijing
- Maraton Separa Robot Humanoid 2026 Diadakan di Beijing
- Robot Manusia dari China Tampil pada Sambutan Hari Raya Brunei
- Robot Manusia Makin Pintar Selepas Latihan “Sekolah Robot”
- Kemudahan Sanitasi Pintar Berkhidmat Pada Sidang Tahunan BFA 2026




