Usaha China Basmi Kemiskinan Nampak Hasil

Foto dron bertarikh 15 Mei 2026 ini memaparkan pemandangan kebun teh kampung Luxi di kaunti Jingde, bandar Xuancheng, provinsi Anhui, timur China. (Xinhua/Zhou Mu)

Foto dron bertarikh 15 Mei 2026 ini memaparkan pemandangan kebun teh kampung Luxi di kaunti Jingde, bandar Xuancheng, provinsi Anhui, timur China. (Xinhua/Zhou Mu)

Usaha China membasmi kemiskinan menampakkan hasil yang semakin ketara dan meluas dengan pendapatan per kapita luar bandar meningkat stabil, berdasarkan laporan terkini Dewan Negara.

Laporan berkenaan yang memfokuskan usaha tersebut serta kemajuan kawasan desa, diketengahkan untuk perbahasan pada sidang Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan yang bermula secara rasminya pada Selasa.

Menurut laporan itu, pendapatan boleh guna per kapita penduduk luar bandar di kaunti yang telah keluar dari senarai kemiskinan meningkat daripada 12,588 yuan pada 2020 kepada 18,627 yuan pada 2025, merekodkan pertumbuhan tahunan purata 8.2 peratus.

Prasarana dan perkhidmatan awam di luar bandar juga bertambah baik, manakala jurang pembangunan berbanding kawasan lain turut mengecil.

Bantuan sektor perindustrian dan pekerjaan turut diperhebat, termasuk usaha untuk menstabilkan pekerjaan bagi mereka yang telah keluar dari kepompong kemiskinan. Memetik laporan itu lagi, bilangan penduduk tersebut yang mempunyai pekerjaan kini melebihi 32 juta.

Laporan itu bagaimanapun mengakui masih wujudnya cabaran, misalnya risiko jangka panjang mereka berbalik kepada kemiskinan, serta asas pembangunan yang lemah di kawasan kurang maju.

Memandang ke hadapan, bantuan berkala akan diintegrasikan dalam strategi kemajuan desa keseluruhan, mengutamakan penduduk yang berisiko kembali miskin dan juga kawasan mundur. Pendekatan ini akan menggabungkan sokongan berorientasikan pembangunan dengan sistem keselamatan sosial yang mantap untuk menjamin mata pencarian asas, menurut laporan itu.

Video

Berita Berkaitan