Sekutu AS di Teluk Dilaporkan Semakin Kecewa terhadap Pentadbiran Trump

(CRI)Isnin 17 Ogos 2026

Beberapa pegawai negara Arab dan Barat dilaporkan berkata bahawa rasa kecewa sekutu Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk terhadap Washington semakin meningkat.

Menurut sumber pegawai AS yang mendedahkan perkara itu, beberapa negara Teluk termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar mempunyai pandangan yang sama mengenai ketidakpuasan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sebahagian daripada negara tersebut dilaporkan mula membincangkan sama ada masih wajar untuk terus membenarkan kemudahan ketenteraan utama AS ditempatkan di wilayah mereka.

Manakala seorang pegawai kanan Eropah pula menyatakan bahawa pemeteraian Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah oleh Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan merupakan "isyarat kepada AS" yang menunjukkan negara-negara itu sedang berusaha untuk mewujudkan "diversifikasi perkongsian keselamatan dan pertahanan".

Video

Berita Berkaitan