China Gubal Undang-undang Perangi Rasuah Rentas Sempadan

(CRI)Rabu 26 Ogos 2026

Rang undang-undang memerangi rasuah rentas sempadan dibentangkan kepada sidang ke-24 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 untuk perbahasan kali pertama, pada Selasa.

Pengarah Suruhanjaya Penyeliaan Kebangsaan, Liu Jinguo memaklumkan antara kandungan utama rang undang-undang itu termasuk menetapkan prinsip, lingkungan dan pendirian dalam usaha memerangi kegiatan rasuah rentas sempadan, menjelaskan mekanisme kerja dan tanggungjawab berkaitan, serta memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang usaha tersebut.

Dimaklumkan, penyusunan undang-undang berkenaan adalah penting bagi melindungi kedaulatan, keselamatan, dan kepentingan pembangunan negara, dan kondusif untuk mengumpulkan konsensus antarabangsa dalam memerangi rasuah, sekali gus menyumbang kebijaksanaan dan penyelesaian China kepada pencegahan rasuah di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan