Pasukan Penyelamat Tiba di Xigaze

(CRI)Khamis 27 Ogos 2026

Kementerian Pengurusan Kecemasan (MEM) dan Pentadbiran Bomba dan Penyelamat Negara (NFRA) China mengerahkan anggota penyelamat untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) di Xigaze, wilayah Xizang susulan bencana tanah runtuh dan banjir lumpur yang berlaku di kawasan tersebut.

Pesawat khas yang membawa pasukan penyelamat dilaporkan selamat mendarat di Xigaze pada Khamis pagi.

Bencana tanah runtuh yang berlaku di Nepal pada Rabu pagi turut menyebabkan kematian dan kecederaan teruk di pintu sempadan Gyirong di bandar Xigaze, wilayah Xizang China.

Menurut pengumuman terkini pihak berkuasa China, dua orang berjaya diselematkan, tiga maut manakala 558 lagi dilaporkan masih hilang dalam bencana tersebut.

Video

Berita Berkaitan