Xi Pengerusikan Mesyuarat PKC Mengenai Tindakan Menyelamat di Kaunti Gyirong

(CRI)Jumaat 28 Ogos 2026

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat pada Jumaat bagi mengkaji dan mengatur kerja menyelamat dan bantuan berikutan bencana tanah runtuh yang melanda kaunti Gyirong, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi bertafakur untuk mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut.

Mesyuarat juga menegaskan bahawa semua pihak berkaitan perlu berpegang kepada prinsip mengutamakan rakyat dan keselamatan nyawa, serta melaksanakan usaha menyelamat dengan langkah yang tegas dan berkesan, serta kaedah yang saintifik dan cekap.

Sementara itu pihak-pihak berkaitan perlu merangka pelan pencarian dan penyelamatan secara saintifik serta mengerahkan segala usaha untuk mencari individu yang hilang, termasuk dari dalam dan luar China.

Antara usaha lain yang turut ditekankan termasuk menjamin operasi penyelamatan dijalankan dengan selamat, menempatkan penduduk yang terjejas dengan baik, memberi bantuan kecemasan kepada kawasan yang terjejas bencana di Nepal, serta melaksanakan kerjasama penyelamatan di peringkat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan