Ekspo Industri Data Raya 2026 Dibuka di Guiyang

(CRI)Jumaat 28 Ogos 2026

Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China 2026 membuka tirai di Guiyang, provinsi Guizhou pada Jumaat.

Pameran kali ini memberi tumpuan kepada lima bidang utama, iaitu infrastruktur kuasa pengkomputeran, bekalan data, inovasi dipacu model, jaminan keselamatan dan pengalaman pintar, sekali gus mempamerkan teknologi termaju dan aplikasi praktikal.

Difahamkan, industri data China mencapai skala RMB6.78 trilion (RM4.06 trilion) pada tahun 2025, meningkat 15.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan