Undang-Undang Jaminan Perubatan Lulus dalam Pengundian Sidang ke-24 NPC

(CRI)Sabtu 29 Ogos 2026

Sidang ke-24 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 meluluskan Undang-Undang Jaminan Perubatan yang bertujuan menjamin hak dan kepentingan perubatan warga China melalui pelbagai langkah.

Dengan usaha bersama yang dilakukan pelbagai pihak sejak sekian lama, China telah membina jaringan jaminan perubatan yang berskala paling besar di dunia yang melibatkan 1.33 bilion orang iaitu kira-kira 20 peratus populasi seluruh dunia.

Undang-undang yang bakal dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2027 tersebut juga bertujuan memartabatkan penguatkuasaan undang-undang jaminan perubatan demi pembangunan bermutu tinggi, dan dilihat amat signifikan untuk merancakkan landskap "Healthy China".

Video

Berita Berkaitan