China Lakar Kemajuan dalam Pembinaan Pasaran Domestik yang Bersatu

(CRI)Rabu 24 Jun 2026

China melakar kemajuan signifikan dalam usaha membina pasaran domestik yang bersatu, menurut laporan Dewan Negara.

Laporan berkenaan diserahkan untuk dibahas dalam sidang Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di Beijing pada Selasa.

Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), sistem dan peraturan asas berkaitan pasaran domestik terus diperbaiki, kesalinghubungan antara fasiliti pasaran diperkukuh, manakala aliran barangan, perkhidmatan serta faktor pengeluaran bertambah lancar.

Video

Berita Berkaitan