- Lain-lain
Sidang Tahunan NPC dan CPPCC, Jendela Fahami Demokrasi Rakyat Seluruh Proses

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) merupakan jendela penting untuk melihat modenisasi ala China dan demokrasi rakyat seluruh proses di negara ini.
Persidangan berkenaan dihadiri kira-kira 5,000 wakil NPC dan anggota CPPCC dari seluruh negara yang berkumpul di Beijing dengan membawa pelbagai usul dan cadangan dari peringkat akar umbi.
Lebih banyak suara dari peringkat akar umbi dapat disampaikan terus kepada pembuat dasar, seterusnya diterjemahkan kepada keputusan penting negara.
Di China, demokrasi rakyat seluruh proses mencakupi segenap aspek tadbir urus negara membabitkan pemilihan, perundingan, pembuatan dasar, pengurusan, penyeliaan dan lain-lain.
Ia menekankan prinsip berteraskan rakyat serta memastikan rakyat benar-benar menjadi tuan negara.
Pada masa ini, terdapat lebih 2.77 juta wakil kongres rakyat daripada lima peringkat pentadbiran di China.
Antaranya, hampir 95 peratus merupakan wakil peringkat kaunti dan mukim dengan majoritinya terdiri daripada pekerja, petani dan juruteknik.
Mereka antara golongan yang paling memahami rintihan dan denyut nadi rakyat, membawa pelbagai tuntutan masyarakat terus ke persidangan berkenaan.

Demokrasi yang jitu memastikan suara rakyat didengar dan cadangan bernas diterima dalam proses pembuatan dasar.
Tahun ini merupakan permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.
Justeru perbincangan mengenai draf garis panduan rancangan tersebut menjadi salah satu fokus utama dalam sidang tahunan NPC dan CPPCC kali ini.
Dari Mei hingga Jun 2025, pihak terlibat mengumpul pandangan awam secara dalam talian ketika menyusun rancangan berkenaan.
Hasilnya lebih 1,500 usul dan cadangan merangkumi 27 bidang utama berjaya dikumpul, dengan sebahagian besar daripadanya telah diterapkan dalam cadangan mengenai penyusunan FYP ke-15.
Menurut statistik, kerajaan China telah mengendalikan sebanyak 8,754 usul daripada wakil NPC dan 4,868 usul daripada anggota CPPCC pada 2025, masing-masing mewakili 95.6 peratus dan 97.3 peratus daripada keseluruhan usul yang diterima.
Penganalisis berpendapat bahawa praktik demokrasi rakyat seluruh proses bukan sahaja menyediakan jaminan keinstitusian kepada modenisasi ala China, malah menjadi contoh kepada negara membangun lain dalam mewujudkan model demokrasi yang selaras dengan keadaan mereka sendiri.
- Sidang Tahunan NPC Anjur Sesi Pleno kedua
- SPC, SPP Serah Laporan Kerja untuk Dibahaskan
- Kestabilan Dikecapi China Manfaatkan Semua
- Hentian Seterusnya: China 2030!
- China Terus Sediakan Peluang Baharu kepada Selatan Global Melalui Pembangunan Berkualiti Tinggi
- Sesi Pleno kedua Sidang Tahunan NPC Berlangsung Hari ini
- Xi Sertai Sesi Perbincangan Bersama Wakil NPC dari Jiangsu
- Sorotan Laporan Kerja Kerajaan China
- China Catat Rekod Baharu Peruntukan Penyelidikan Asas pada 2025
- Petunjuk Utama FYP ke-15 Diperincikan




