Projek Lebuhraya Ekspres Dibina China Pacu Pembangunan Ekonomi Serbia - Presiden Vucic

(CRI)Isnin 31 Ogos 2026

Majlis pelancaran projek Lebuhraya Ekspres 'Koridor Danube' Serbia yang dibina syarikat China diadakan pada Ahad.

Pada hari tersebut, Presiden Serbia Aleksandar Vucic sendiri mencuba lebuhraya itu dengan menaik kereta.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau mengucapkan tahniah dan memuji peranan penting yang dimainkan projek tersebut terhadap pembangunan Serbia.

Vucic menyatakan, projek 'Koridor Danube' adalah penting buat negara Serbia, bukan sahaja akan memajukan pembangunan pelancongan domestik, namun turut memacu pertumbuhan ekonomi di bahagian timur.

Beliau juga mengumumkan bahawa lebuhraya tersebut dibuka secara rasmi pada 31 Ogos.

Kontraktor projek ini, syarikat Shandong Hi-speed Group Co.,Ltd. (SDHSG) menyifatkan projek tersebut sebagai satu lagi simbol kerjasama China-Serbia.

Lebuh raya tersebut adalah sepanjang 68 kilometer, dengan had laju maksimum mencecah 100 kilometer sejam.

Sepanjang tempoh lima tahun pembinaan projek ini, Vucic telah melakukan tinjauan sebanyak tujuh kali di tapak pembinaan dan menyifatkan projek tersebut sebagai 'jalan untuk masa depan'.

Video

Berita Berkaitan