- Lain-lain
Lif, Kereta Kabel Mudahkan Hidup Pelajar di Yunnan

Pelajar menunggu kereta kabel di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China, 30 Ogos 2026. (Xinhua/Chen Xinbo)
Kampung Nizhuhe terletak di lembah Ngarai Besar Sungai Nizhu di provinsi Yunnan, barat daya China. Yang memisahkan kampung Nizhuhe dan sekolah rendah Guanzhai di puncak gunung ialah satu cenuram tegak yang tersergam lebih 500 meter tinggi. Dahulu, pelajar yang tinggal di lembah perlu mengambil masa setengah hari untuk pergi balik dari rumah ke sekolah.
Pada 2022, berlaku satu perubahan besar apabila siapnya kawasan peranginan Ngarai Besar Sungai Nizhu, yang lengkap dengan lif cenuram 268 meter dan sistem kereta kabel yang dibuka kepada penduduk kampung, termasuk pelajar, secara percuma.
Hari ini, kombinasi kenderaan persiaran ulang-alik, lif dan kereta kabel telah memendekkan masa perjalanan ke sekolah kepada kira-kira 30 minit. Sebuah laluan khas juga telah disediakan untuk mereka, dengan polis dan staf khusus ditempatkan di sepanjang jalan.

Foto dron bertarikh 30 Ogos 2026 menunjukkan sekolah rendah Guanzhai di puncak Ngarai Besar Sungai Nizhu di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Chen Xinbo)

Pelajar menaiki kereta kabel dalam perjalanan ke sekolah di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China, 30 Ogos 2026. (Xinhua/Chen Xinbo)

Foto dron bertarikh 29 Ogos 2026 menunjukkan lif cenuram di Ngarai Besar Sungai Nizhu di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Chen Xinbo)

Foto dron bertarikh 29 Ogos 2026 menunjukkan lif cenuram di Ngarai Besar Sungai Nizhu di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Chen Xinbo)

Pelajar menyapa seorang pekerja sebelum menaiki lif cenuram di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China, 30 Ogos 2026. (Xinhua/Chen Xinbo)

Foto dron bertarikh 29 Ogos 2026 menunjukkan lif cenuram di Ngarai Besar Sungai Nizhu di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Chen Xinbo)

Pelajar menaiki kereta kabel dalam perjalanan ke sekolah di pekan Puli, bandar Xuanwei, provinsi Yunnan, barat daya China, 30 Ogos 2026. (Xinhua/Chen Xinbo)
Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Promosi Budaya, Pelancongan Honghe Diadakan di Beijing
- Pacu Pendidikan Asas Berkualiti, Pupuk Akhlak Baik Melalui Pendidikan - Xi
- Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Muzium Sains Timur Laut China Popular pada Cuti Musim Panas
- Pesona Pemandangan Musim Panas Tasik Lugu
- Gaokao Selesai di Sesetengah Tempat China
- Kelompok Air Terjun Tarik Pelancong ke Yunnan
- China Sambut Hari Senyum
- Pelancong Hayati Kecantikan Jacaranda di Yunnan
- Pesta Air Disambut Meriah di Yunnan