- Lain-lain
Promosi Budaya, Pelancongan Honghe Diadakan di Beijing

Tapak acara promosi. (People Daily Online/Xue Dan)
Satu acara bagi mempromosikan sumber budaya dan pelancongan di Honghe, provinsi Yunnan, berlangsung di ibu pejabat People’s Daily di Beijing, 31 Julai.
Kawasan autonomi Hani dan Yi Honghe merupakan satu-satunya destinasi budaya dan pelancongan di dunia yang diberikan tiga pengiktirafan serentak, iaitu Warisan Budaya Dunia, Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS) dan Struktur Pengairan Warisan Dunia (WHIS).
Ladang teres Hani yang sudah diusahakan selama seribu tahun, cantik tersusun bagai lukisan; warisan budaya Pekan Purba Jianshui tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas; jalan kereta api tolok sempit beratus tahun membelah gunung, merentas laut; warisan budaya tak ketara seperti pembuatan tembikar ungu Jianshui dan kraf tangan timah Gejiu diwarisi generasi demi generasi.
Setiap satu daripada 13 kaunti dan bandar di Honghe memiliki pesona tersendiri, sekali gus melahirkan beraneka jenis industri seperti pelancongan kesihatan, pelancongan desa, pelancongan budaya rentas sempadan, dan sukan altitud rendah. Kawasan ini juga kaya dengan landskap semula jadi dan warisan budaya yang pastinya membangkitkan jiwa penyair, malahan menikmati kelebihan strategik berkat lokasinya di pintu keluar masuk ke Asia Selatan dan Tenggara.

Tapak acara promosi. (People Daily Online/Xue Dan)
Pada acara promosi tersebut, Biro Budaya dan Pelancongan Honghe menandatangani kerjasama rangka kerja bersama Saluran Yunnan People’s Daily Online, yang bakal mendorong perkembangan berkualiti tinggi industri budaya dan pelancongan Honghe.
- Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Pesona Pemandangan Musim Panas Tasik Lugu
- Kelompok Air Terjun Tarik Pelancong ke Yunnan
- Pelancong Hayati Kecantikan Jacaranda di Yunnan
- Pesta Air Disambut Meriah di Yunnan
- Musim Petik Teh di Gunung Jingmai
- Hasil Pemeliharaan, Pembaharuan, Kota Purba Huize Hidup Semula
- Pemandangan Musim Bunga di Kunming
- Teknologi Digital Majukan Industri Beri Biru di Yunnan
- Tuaian Lumayan Gong Cai Tambah Rezeki Penduduk di Yunnan




